PM Hulur Sumbangan, Hargai Veteran ATM

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas jasa dan pengorbanan mereka yang tidak ternilai dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Menerusi Setiausaha Politiknya Datuk Ahmad Farhan Fauzi, beliau telah menyantuni dan menziarahi seorang veteran ATM, Yusuf Awang, yang kini menetap di Kampung Alor Ladang, Kuantan, Pahang.

Farhan memaklumkan bahawa meskipun Yusuf kini diuji dengan masalah saraf kaki yang membataskan pergerakan, semangat juang dan ketabahan beliau kekal terpancar sebagai seorang bekas perwira negara.

“Bagi pihak YAB Perdana Menteri, saya menyampaikan sumbangan tunai dan bakul makanan sebagai penghargaan atas segala pengorbanan beliau.

“Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, ketabahan, dan keberkatan dalam hidupnya.

“Pengorbanan insan seperti Pakcik Yusuf inilah yang menjadi asas kepada nikmat keamanan yang kita kecapi pada hari ini,” katanya.

Anda Mungkin Berminat