PM jemput warga Selangor hadir ‘Temu Anwar’ di UIAM Gombak esok

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada orang ramai khususnya warga Selangor dan sekitarnya untuk hadir menghadiri program dialog ‘Temu Anwar’ yang bakal diadakan di Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Facebook milik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPM) hari ini, program tersebut akan diadakan di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bermula pada jam 10.30 pagi.

“Saksikan Program Temu Anwar di UIAM yang bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bakal diadakan di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak),” ujarnya.

Bagi yang tidak dapat hadir, Anwar berkata pihaknya bakal membuat siaran secara langsung dan ia dapat dilihat oleh orang ramai melalui Facebook milik KPTbermula jam 10.30 pagi.

Terdahulu, Program ‘Temu Anwar’ merupakan sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh KPM sebagai platform buat golongan belia melihat dan mengkaji sesuatu informasi sebelum membuat sebarang keputusan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat