PERDANA Menteri Jepun, Shigeru Ishiba bersama anggota Kabinetnya telah meletakkan jawatan sebelum undian Parlimen diadakan untuk memilih Perdana Menteri baharu, susulan keputusan Pilihan Raya Umum bulan lalu.
Para menteri menyerahkan surat peletakan jawatan secara serentak dalam satu mesyuarat Kabinet pada pagi Isnin.
Memandangkan gabungan parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Komeito tidak memiliki majoriti dalam Dewan Perwakilan, undian pada Isnin dijangka berakhir dengan pusingan penentu antara Ishiba dan ketua parti pembangkang utama, Parti Demokratik Perlembagaan, Yoshihiko Noda.
Jika berlaku, ia akan menjadi pusingan penentu pertama dalam hampir 30 tahun bagi pemilihan Perdana Menteri di Jepun.