PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu perlu menggalas amanah dan bekerja keras untuk memastikan dasar-dasar Kerajaan berjalan dengan baik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amanat itu disampaikan agar Shamsul menjunjung tinggi prinsip tatakelola untuk memastikan kemakmuran rakyat dan negara.
“Perbincangan kami turut menyentuh mengenai struktur gaji baharu penjawat awam yang bakal diumumkan ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) dan dalam pembentangan Belanjawan 2025, Insya-Allah,” katanya ketika menerima kunjungan hormat KSN di Perdana Putra hari ini.
Terdahulu, Shamsul yang merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) sebelum ini dilantik ke jawatan tersebut berkuatkuasa pada 12 Ogos.