ISLAMABAD: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Pakistan, Nur Khan malam tadi dan disambut rakan sejawat, Shehbaz Sharif.
Beliau kini dalam Lawatan Negara sehingga Jumaat ini bagi mengukuhkan lagi hubungan 67 tahun Malaysia-Pakistan yang telah terjalin ke tahap lebih baik.
“Usai tiba, saya dan delegasi dan peluang itu digunakan bagi menyatakan penghargaan di atas jemputan yang akan membuka lembaran baharu hubungan diplomatik kedua-dua negara selain mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor di masa hadapan.
“Moga segala yang diatur pada lawatan ini akan berjalan lancar dan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk turut membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa,” katanya dalam perkongsian di Facebook pada Khamis.