PM Lulus Permohonan Cuti, Pengunduran Dua Menteri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan permohonan cuti dan pengunduran diri dua menteri Kabinet Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini yang memaklumkan bahawa permohonan rasmi daripada kedua-dua menteri tersebut telah diterima dan diteliti oleh Perdana Menteri sebelum keputusan kelulusan dibuat.

“Sebarang keputusan lanjut berkaitan perkara ini akan dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Rafizi dan Nik Nazmi menyatakan sebab pengunduran mereka kerana gagal mendapat mandat parti pada pemilihan minggu lalu.

Rafizi gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden kepada Nurul Izzah Anwar.

Manakala Nik Nazmi gagal dalam persaingan menduduki empat tempat teratas bagi jawatan Naib Presiden.

Spekulasi mengenai pengganti dan rombakan Kabinet mula berlegar, sementara pemerhati politik menanti kenyataan lanjut daripada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Anda Mungkin Berminat