PM mahu usaha ‘pemecah’ kaum dihalang keras dan tegas di Malaysia


Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat keras bahawa sebarang usaha mahupun cubaan memecahbelahkan rakyat berdasarkan kaum, bangsa dan agama mesti dikekang dengan keras dan tegas.

“Bahawa gejala, memecahbelahkan negara ini berdasarkan fahaman kaum, qabilah dan wilayah mesti dihalang dengan keras dan tegas kerana Malaysia itu lebih penting daripada fahaman sukuan dan daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, pada Sabtu

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, tindakan menanam sentimen perkauman dan kenegerian hanyalah taktik lapuk yang boleh meruntuhkan asas negara bangsa yang telah dibina sejak merdeka.

Kata beliau lagi, kesatuan di Malaysia adalah lebih penting daripada permainan sentimen perkauman yang sering dilayarkan di negara ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat