PM menghadap Agong, maklum perkembangan semasa negara

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi mempersembahkan perkembangan terkini berkaitan hal ehwal negara.

Menurut beliau, sesi menghadap yang berlangsung di Johor itu menyentuh pelbagai perkara termasuk perjalanan pentadbiran serta langkah diambil kerajaan dalam menghadapi cabaran semasa.

Katanya, tumpuan turut diberikan kepada kemelut global yang memberi kesan kepada negara dan kesejahteraan rakyat.

“Dalam sesi menghadap tersebut, saya sentuh mengenai pelbagai perkara melibatkan perjalanan pentadbiran negara dan langkah yang diambil, terutamanya dalam mendepani kemelut global yang turut mengesankan negara dan rakyat.

“Insya-Allah, kerajaan akan terus bekerja bagi memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan negara kekal aman dan makmur,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh kestabilan negara serta memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat