PM minta rakyat terkesan banjir waspada

PETALING JAYA: Rakyat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila diarahkan demi keselamatan diri dan keluarga.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian menerusi Facebook sebentar tadi.

“Saya amat terkesan dengan musibah banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini serta nasib mangsa-mangsa yang terjejas.

“Kerajaan MADANI melalui NADMA telah menyelaras tindakan segera bersama agensi berkaitan, antaranya hebahan awal SMS kecemasan oleh MCMC, penyaluran bantuan kebajikan dan keperluan asas oleh JKM, serta pengoperasian pam kecemasan oleh JPS bagi mengawal paras air dan mengurangkan risiko banjir malah situasi banjir ini akan terus dipantau rapi serta bantuan disalurkan sebaik dan secepat mungkin,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang sedang bertungkus-lumus di lapangan demi membantu mangsa-mangsa yang terjejas.

“Mohon mendoakan agar musibah ini segera reda dan mangsa banjir dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat