PM nasihat isu Bak Kut Teh, kantin sekolah tidak perlu diperbesarkan hingga terlepas wacana lebih sihat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan agar polemik tentang pengiktirafan Bak Kut Teh dan pembukaan kantin sekolah sepanjang Ramadan tidak diperbesarkan.

Katanya, perbincangan hal tersebut di lihat tidak memberi impak besar sekali gus melepaskan wacana dan perbincangan yang lebih sihat.

“Kunjungan ke luar negara, saya berbincang tentang masalah pelabura, tetapi balik ke Malaysia, isu Bak Kut Teh, isu buka kantin sekolah bulan Ramadan.

“Itu hangat diperkatakan seolah itu isu hidup mati maruah kita, saudara tahu inilah keadaan dia,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, pada Isnin.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, menegaskan pengiktirafan itu tiada kena mengena dengan isu bangsa dan agama.

Keputusan itu dibuat berdasarkan pengiktirafan makanan itu dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat