Baiki Diri, Jaga Amanah Dan Hayati Nilai Islam – PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar sentiasa memperbaiki diri, menjaga amanah serta menjalani kehidupan dengan penuh keinsafan berlandaskan nilai-nilai Islam.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook selepas menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Surau Istiqlal, Presint 14, Putrajaya, hari ini.

Solat Jumaat tersebut dipimpin oleh Imam dan Khatib jemputan, Zainuddin Abdul Rahman yang menyampaikan khutbah bertajuk ‘Bayang Yang Penuh Dusta’.

Khutbah itu katanya, menyentuh realiti kehidupan masa kini yang sarat dengan tipu daya dan kepalsuan, sekali gus mengajak umat Islam kembali kepada jalan kebenaran, kejujuran dan nilai murni berpandukan ajaran Islam.

“Semoga Jumaat ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua,” kata Anwar.

Anda Mungkin Berminat