PM Santuni Peniaga, Pengunjung Bazar Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang Selasa turun padang menyantuni para peniaga dan pengunjung di Bazar Kampung Baru yang berlangsung dalam suasana cukup meriah dengan pelbagai juadah tradisi serta kreativiti usahawan kecil.

Dalam lawatan itu, beliau sempat berbual dan mendengar sendiri pandangan serta cabaran yang dihadapi para peniaga.

Menurutnya dalam satu hantaran di Facebook, sokongan masyarakat amat penting bukan sahaja untuk membantu ekonomi setempat tetapi juga bagi mengukuhkan semangat kebersamaan yang menjadi teras Malaysia MADANI.

“Saya sempat berbual dan mendengar sendiri pandangan serta cabaran yang dihadapi para peniaga yang menuntut sokongan masyarakat, bukan sekadar membantu ekonomi setempat tetapi mengukuhkan semangat kebersamaan yang menjadi teras Malaysia MADANI,” katanya.

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan, mempererat silaturahim dan menyemai rasa syukur dalam setiap langkah rakyat Malaysia.

Kehadiran beliau di bazar tersebut disambut mesra oleh para peniaga dan pengunjung yang menghargai usaha kerajaan mendekati masyarakat secara langsung, sekali gus memperlihatkan komitmen kepimpinan negara dalam menyokong usaha kecil dan sederhana yang menjadi nadi ekonomi rakyat.

Anda Mungkin Berminat