10 Tahun NADMA: PM Seru Perkukuh Kesiapsiagaan, Manfaat Teknologi

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana, memanfaatkan teknologi terkini dan memperhebat kerjasama antara agensi.

Seruan itu disampaikan sempena ulang tahun ke-10 NADMA dalam satu video ucapan yang dikongsikan di Facebook beliau.

majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Julai lalu.

Anwar turut memuji pencapaian NADMA sebagai antara tonggak utama dalam membina daya tahan nasional terutama ketika negara berdepan pelbagai bentuk bencana alam dan krisis kemanusiaan.

“Kesiapsiagaan bukan sekadar soal logistik tetapi soal kecekapan, kepantasan dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

“NADMA perlu terus menjadi peneraju dalam hal ini,” katanya.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menekankan pentingnya integrasi teknologi dalam pengurusan bencana termasuk sistem amaran awal, analisis data dan komunikasi krisis.

Beliau menggesa NADMA agar terus memperkukuh jaringan kerjasama dengan agensi tempatan dan antarabangsa bagi memastikan respons yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Ulang tahun ke-10 NADMA bukan sekadar satu pencapaian tetapi titik tolak untuk memperkukuh komitmen terhadap keselamatan rakyat dan kelestarian negara.

Anda Mungkin Berminat