PM Seru Pelajar Luar Negara Teroka Bidang Baharu Demi Kemajuan Negara

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pelajar Malaysia di luar negara untuk meneroka bidang-bidang baharu yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan negara.

Beliau menekankan bahawa Malaysia memerlukan kepakaran dalam sektor yang belum diteroka untuk memastikan negara terus berkembang seiring dengan kemajuan global.

“Ilmu yang ditimba di rantau asing harus diterjemahkan kepada daya saing negara,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Anwar turut menambah bahawa pelaburan negara dalam bidang pendidikan perlu dibalas dengan sumbangan dan iltizam untuk membina Malaysia yang lebih mampan, adil, dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa pelajar Malaysia di luar negara perlu berpegang teguh pada jati diri dan semangat kebangsaan yang membentuk kekuatan sebagai anak Malaysia.

“Kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada angka, tetapi pada tatakelola yang baik dan iltizam untuk menoktahkan budaya kebobrokan,” ujar beliau.

Anwar juga memberi jaminan bahawa proses pengundian untuk rakyat Malaysia di luar negara, khususnya pelajar, akan dipermudahkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

“Kerajaan akan memperkenalkan sistem undi dalam talian bagi memastikan hak rakyat tidak dinafikan kekangan teknikal,” tambahnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat