PM seru rakyat fahami makna sebenar hijrah, bina ummah Madani

PETALING JAYA: Perdana Menteri menyeru seluruh umat Islam untuk kembali memahami maksud hijrah yang sebenar bagi membina sebuah ummah Madani yang sejahtera, inklusif serta berpaksikan kepada nilai-nilai Islam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian sempena sambutan Maal Hijrah 1447 H hari ini.

Beliau menyifatkan hijrah bukan sekadar bentuk perpindahan fizikal, namun ia merupakan proses pembaharuan diri dan masyarakat ke arah yang lebih baik.

“Ayuh kita terus melangkah ke hadapan dengan ilmu, integriti dan semangat kebersamaan,” katanya.

Ujarnya, dengan menginsafi makna sebenar hijrah ia dapat menjadikannya sebagai motivasi untuk memperbaiki kehidupan serta memperkukuh nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Beliau turut memetik Surah Al-Baqarah ayat 218 sebagai panduan rohani dalam menyambut tahun baru Hijrah.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah; dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” petik Anwar dari Al-Quran.

Dalam pada itu, beliau turut mengakhiri ucapannya itu dengan doa doa tahun baru ini menjadi detik permulaan kepada kehidupan yang lebih diberkati dan bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat