PM Seru Umat Islam Hayati Malam Nisfu Syaaban Dengan Zikir, Doa

KUALA LUMPUR: Menjelang malam penuh keberkatan, Nisfu Syaaban 1447 Hijrah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di seluruh negara untuk memperbanyakkan zikir dan doa memohon keampunan daripada Allah SWT serta perlindungan daripada segala bala bencana.

Dalam perutusan khasnya, beliau menekankan bahawa malam Nisfu Syaaban bukan sahaja menjadi ruang untuk bermuhasabah diri tetapi juga mengingatkan umat Islam bahawa bulan Ramadan Al-Mubarak semakin hampir.

“Malam ini juga mengingatkan kita bahawa bulan Ramadan Al-Mubarak semakin hampiri.

“Tiada yang lebih bererti selain persiapan kerohanian yang rapi, kita akan jalani kembali madrasah Ramadan dengan cita-cita amalan kita akan lebih baik dari sebelumnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Perdana Menteri turut menekankan bahawa istiqamah dalam ibadah mampu memupuk hati yang sentosa, bebas daripada kebencian dan hasad dengki serta mempersiapkan jiwa dan raga untuk mencari kebahagiaan abadi.

Anda Mungkin Berminat