Malaysia kekal komited mengalu-alukan sokongan kerjasama dengan Jerman berdasarkan pelbagai sektor termasuk pelaburan, ekonomi dan pembangunan untuk mengukuhkan lagi hubungan rapat antara kedua-dua negara.
Meneruskan kunjungan hormat delegasi Malaysia ke Jerman, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membincangkan mengenai soal kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara melibatkan penyertaan syarikat -syarikat besar di Jerman untuk membuat pelaburan di Malaysia.
Katanya, negara terbuka menerima sebarang kerjasama dengan negara tersebut.
“Malaysia menyambut baik sokongan Jerman dalam pembangunan kapasiti, terutama bagi inisiatif peralihan tenaga,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, perbincangan tersebut turut menyentuh mengenai perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA), kerjasama dalam pembangunan kapasiti dan kepakaran, khususnya Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan program pertukaran tenaga pekerja (exchange of partnership in workforce) di antara syarikat dan institusi Malaysia dengan Jerman.
“Di samping itu, Malaysia juga menggesa Jerman untuk melihat pendekatan lebih inklusif berkaitan eksport minyak sawit ke Eropah dengan mengutamakan langkah-langkah yang telah dibuat oleh Malaysia bagi memastikan pembangunan lestari bagi pengeluaran minyak sawit,” tambahnya.
Anwar turut tidak melepaskan peluang untuk bertukar pandangan bersama Habeck dalam bidang geopolitik termasuk isu melibatkan Ukraine, Palestin dan Myanmar.
Baca juga: