PM Terima Kunjungan Hormat MB Kelantan, Fokus Kerjasama Persekutuan–Negeri

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Putrajaya.

Pertemuan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri khususnya dalam mempergiat ikhtiar membantu rakyat Kelantan.

Menurut Anwar dalam satu hantaran di Facebook, perbincangan turut menekankan aspek peningkatan kesejahteraan hidup, peluasan peluang ekonomi serta pelaksanaan pembangunan yang adil dan seimbang untuk rakyat negeri tersebut.

“Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap negeri termasuk Kelantan diberikan perhatian sewajarnya dengan dasar dan tindakan yang berpaksikan kepentingan rakyat serta masa depan yang lebih terjamin untuk semua,” katanya.

Anda Mungkin Berminat