PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Dalam kenyataan media hari ini, Anwar merakamkan penghargaan atas khidmat Shamsul sepanjang beliau berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri.
Mengulas mengenai tuduhan terhadap bekas pegawai berkenaan, Anwar menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kebebasan penuh untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang campur tangan.
Beliau menambah bahawa Kerajaan MADANI kekal komited terhadap prinsip ketelusan serta integriti, dan menyerahkan ruang sepenuhnya kepada proses siasatan mengikut undang-undang.
Semalam, Shamsul Iskandar meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri susulan kontroversi berkaitan surat sokongan yang dikeluarkan bagi kontraktor terlibat dalam sebuah projek hospital.
Baca juga:








