PM Tinjau Operasi ETS3 KTMB, Puji Keselesaan Perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memanfaatkan cuti sempena Hari Wilayah dan Thaipusam dengan meninjau sendiri operasi tren elektrik ETS3 Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Dalam lawatan tersebut, beliau berpeluang menyantuni para penumpang dan mendengar secara langsung pandangan serta maklum balas mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan.

Menurut Anwar, respons yang diterima amat memberangsangkan khususnya berkaitan tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun.

“Alhamdulillah, respons yang diterima amat memberangsangkan khususnya terkait tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh sistem pengangkutan awam demi kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh perkhidmatan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat, Insya-Allah,” katanya.

Anda Mungkin Berminat