PM Tunai Solat Aidiladha Bersama 10,000 Jemaah Di Masjid Putra

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra di sini, hari ini.

Beliau tiba bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada pukul 7.56 pagi dan disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee sebelum memasuki dewan utama untuk menunaikan solat.

Anwar kemudian mengalunkan takbir Raya bersama lebih 10,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat yang diimamkan oleh Imam Besar masjid, Dr Muhammad Zakuwa Rodzali.

Beliau turut mendengar khutbah bertajuk ‘Pengorbanan Menuntut Keikhlasan’ yang disampaikan oleh Muhammad Zakuwa.

Selepas selesai solat, Anwar beramah mesra dengan para jemaah.

Anda Mungkin Berminat