Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia.
Katanya, perayaan yang dirayakan selama empat hari itu merupakan perayaan budaya bagi menzahirkan rasa syukur selain persediaan kehadiran tahun baharu.
“Saya amat berharap masyarakat Tamil di Malaysia dapat meraikannya dengan kegembiraan serta kebahagiaan dan semarakkan nilai-nilai yang baik, selain terus memperteguh kemajmukan sebagai akar dan kekuatan bangsa,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya.
Ponggal menandakan permulaan bulan ‘Thai’ dalam kalendar Tamil dan disambut dengan penyediaan nasi manis untuk keluarga dan rakan-rakan tanda berterima kasih dengan hasil tuaian yang melimpah ruah.
Baca juga: