PM zahirkan ucapan tahniah kepada Ireland, Norway dan Sepanyol

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol kerana berada di landasan yang tepat dalam misi kemanusiaan dan keadilan buat rakyat Palestin.

Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi kenyataannya di Facebook yang memuji tindakan ketiga-tiga pemimpin tersebut yang mengiktiraf negara Palestin pada pengumuman yang dilakukan oleh mereka pada 23 Mei 2024.

“Pengakuan itu merupakan hak rakyat buat Palestin untuk membela nasib hidup mereka selain menjaga kedaulatan, dan maruah mereka.

“Niat murni negara-negara ini jelas terpancul saat mengumumkan keputusan tersebut, dan ini bukti nyata bahawa mereka memperaku hak rakyat Palestine mengikut prinsip kedaulatan, maruah dan dalam masa yang sama bagi menentukan nasib dan masa depan mereka.

“Detik bersejarah ini menggerakkan dunia untuk lebih cepat mencapai dan memperteguh keamanan di benua timur tengah,” ujarnya.

Beliau turut mengharapkan lebih banyak negara yang akan berbuat demikian dalam memastikan dunia semakin celik kepada aspirasi dan perjuangan warga Palestin yang berusaha dalam mencari keadilan sejak sekian lama.

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat