PMX Hulur Sumbangan kepada Veteran Polis

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap jasa seorang veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menghulurkan sumbangan ketika ziarah Madani di Pahang.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Juhari Sinjak, 79, di kediamannya di Kampung Paya Keladi, semalam.

“Ziarah Madani ini bukan sekadar kunjungan tetapi tanda kasih dan penghargaan atas jasa serta pengorbanan beliau menjaga keamanan negara.

“Semoga bantuan kecil yang diberikan, sedikit sebanyak meringankan beban di samping menjadi bukti pengorbanan para veteran sentiasa kita hargai dan tidak pernah dilupakan,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat