Polis bantuan maut kemalangan 5 kenderaan di Iskandar Puteri

Seorang angoota polis bantuan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri, Johor meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya membabitkan lima kenderaan di Kilometer 6.9 Lebuh Raya Linkedua arah Selatan, Iskandar Puteri, Johor pada Rabu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitendan Ibrahim Mat Som, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 6.29 pagi itu membabitkan seorang lelaki berusia 25 tahun yang meninggal dunia manakala dua lagi mangsa mengalami cedera ringan sementara dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan tersebut membabitkan lima kenderaan iaitu tiga motosikal, satu treler dan satu lori.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila mangsa yang sedang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR di lorong kanan telah melanggar cebisan batu konkrit yang dan jatuh dari sebuah treler.

“Mangsa hilang kawalan lalu terbabas di lorong kanan. Kemudian dari arah belakang, datang dua buah motosikal dan sebuah treler sinotruk telah menggilis mangsa hingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan patah kaki kiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tujuan bedah siasat.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Iskandar Puteri di talian 07-510 1322.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat