Polis bantuan patah kaki langgar lembu tiba-tiba melintas

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila motosikal ditungganginya berlanggar dengan seekor lembu yang tiba-tiba melintas di Alor Gajah, Melaka pada Rabu.

Mangsa merupakan anggota Polis Bantuan Pusat Serenti Tampin yang menunggang motosikal jenis Yamaha Novo mengalami patah kaki kiri akibat insiden itu.

Anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Alor Gajah telah memberikan bantuan awal kepada mangsa.

Dalam pada itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah menasihati agar berhati-hati semasa melalui jalan kampung terutama kawasan yang gelap bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat