KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum mengenal pasti suspek yang menyerang anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, pada 13 Ogos lalu.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan terhalang kerana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian kurang jelas.
“Kita mengesan pergerakan itu dan ada beberapa individu dikenal pasti melalui rakaman, tetapi wajah mereka tidak dapat dicam dengan tepat,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, pada Rabu.
Beliau berkata, polis juga menunggu laporan analisis penuh daripada hospital berhubung cecair yang disuntik ke tubuh anak lelaki Ahli Parlimen Pandan itu.
Sebelum ini, Rafizi memaklumkan tiada perkembangan terbaharu mengenai kes berkenaan. Polis Selangor sebelum ini mengesahkan kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya kira-kira jam 2 petang, namun mangsa berusia 12 tahun itu tidak mengalami kecederaan fizikal.
Baca juga: