Polis sedang mengesan identiti mayat yang dijumpai oleh orang awam di sebuah rumah usang berhampiran pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dekat Tangkak, Johor pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslain Mohd Talib melaporkan mayat tersebut dipercayai telah meninggal dunia melebihi tiga hingga empat hari kerana keadaan mayat tersebut yang hampir reput.
“Siasatan awal mendapati mayat tersebut tidak mempunyai butiran pengenalan diri dan tiada sebarang unsur jenayah serta pergelutan ditemui di lokasi.
“Beberapa keterangan saksi awam telah diambil untuk membantu siasatan tetapi sehingga hari ini tiada keterangan yang membawa penemuan identiti si mati.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Tangkak untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan orang hilang berkait tarikh yang dinyatakan sebelum atau semasa penemuan mayat diminta untuk hadir ke balai polis berhampiran.
Ia adalah untuk membantu pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak bagi mengesan waris serta identiti mayat.
Baca juga: