Polis Kontinjen Johor telah menyerbu dua premis perjudian terletak di dua lokasi berasingan di sekitar daerah Johor Bahru Selatan dan Muar kira-kira pukul 11.45 malam hari Khamis hingga pukul 12.05 tengah malam hari Jumaat.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar S Muthuvelu menyatakan pihak polis menahan seramai 35 individu warga tempatan yang terdiri daripada 32 orang lelaki dan dua orang wanita.

“Pihak polis turut merampas pelbagai alatan permainan perjudian jenis see kee pee, daun terup dan wang tunai berjumlah RM32,678.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu berjudi dalam rumah perjuadian,” katanya dalam kenyataan.
Jika disabit kesalahan, pesalah boeh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
M Kumar turut menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket perjudian dan akan sentiasa komited dalam memastikan tiada sebarang bentuk perjudia bertapak di negeri Johor.
Tambahnya, tindakan total enforcement akan diteruskan termasuk membuat pemotongan bekalan elektrik dibawah peruntukan Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Baca juga: