Polis kawal rapi sekitar Masjid Jamek

KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar LRT Madjid Jamek mula sesak sejak pagi tadi susulan kehadiran orang ramai termasuk pengunjung dan peserta himpunan anjuran pembangkang.

Tinjauan dan hasil temu bual pegawai polis mendapati pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah berada di lokasi sejak jam 9 pagi bagi memantau keselamatan dan memastikan kelancaran pergerakan orang awam.

“Setakat ini, keadaan masih terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan” kata seorang pegawai polis yang enggan namanya didedahkan.

Wartawan yang berada di lokasi mendapati aliran trafik di sekitar LRT Masjid Jamek berjalan lancar, namun sedikit sesak apabila tiba waktu makan tengah hari dan solat Zuhur.

Difahamkan, perhimpunan itu turut disertai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berkumpul di kawasan sekitar pada jam 10 pagi.

Semalam, media melaporkan perhimpunan berkenaan dijadual berlangsung di lima lokasi termasuk Masjid Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru, sebuah pusat beli-belah, serta Pasar Seni sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka.

Anggaran awal menjangkakan kehadiran antara 10,000 hingga 15,000 peserta, membabitkan gabungan badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan orang awam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat