Polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah tapak pembinaan di Sedenak, Kulai, Johor menerusi video yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee melaporkan video tular berdurasi 28 saat tersebut memaparkan senario pergaduhan antara sekumpulan individu di tapak pembinaan tersebut.
“Kejadian dipercayai berlaku di kawasan pembinaan di Sedenak dan semakan polis mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan tersebut.
“Oleh itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak polis dan siasatan sedang dijalankan mengenai insiden pergaduhan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Tan turut memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan pihak polis menyeru orang ramai untuk tampil ke balai polis berdekatan sekiranya mempunyai maklumat mengenai pergaduhan itu.
Selain itu, orang awam turut boleh terus menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di talian 07-6632222 untuk membantu siasatan pihak polis.
Baca juga: