Polis minta bantuan awam dalam misi mencari Daniel Irfan

Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas kelibatnya dilihat kali terakhir berada di rumah sekitar Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 1 Jun Lalu.

Polis Diraja Malaysia Daerah Ampang Jaya menggesa orang ramai untuk membuat laporan sekiranya menemui sebarang maklumat berkaitan mangsa tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pihak polis menerima laporan bersabit kes seorang remaja lelaki berbangsa melayu yang bernama Daniel Irfan Sharukity.

“Remaja tersebut berumur 17 tahun 9 bulan yang dilaporkan kali terakhir dijumpai di rumah pada lebih kurang kira-kira pukul 6 petang.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa berkenaan dimohon untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pihak awam turut diminta untuk melakukan laporan di talian 03-79602222 .

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat