Orang ramai diingatkan untuk tidak memuat turun sebarang fail jenis aplikasi (APK) yang diterima melalui melalui mesej, emel dan platform-platform lain.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Komisioner Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penggodaman telefon pintar adalah modus operandi yang sering digunakan untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.

“Hasil siasatan polis mendapati fail APK tersebut sering disebarkan melalui mesej jemputan perkahwinan yang dihantar oleh penjenayah yang menyamar sebagai kenalan mangsa.
“Sekiranya mangsa memuat turun dan memasang aplikasi tersebut, penjenayah akan memperoleh akses penuh terhadap telefon mangsa tanpa disedari,” katanya dalam kenyataan.
Ramli turut memaklumkan akses tersebut akan membolehkan penjenayah untuk mencuri data milik mangsa malahan boleh mengakibatkan kerugian wang ringgit terhadap mangsa.
Pihak polis turut percaya bahawa taktik ini menyasarkan mangsa yang kurang berpengetahuan berkaitan teknologi.
Oleh itu, pihak PDRM menegaskan bahawa orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail aplikasi jenis APK tersebut.
Baca juga: