Oleh: Hanim Nadia
PETALING JAYA: Polis buka satu kertas siasatan berhubung laporan seorang wanita tempatan mendakwa gambarnya disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual dengan harga RM18 di media sosial.
Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar, berkata pihaknya menerima laporan kes itu pada 4.13 petang, Isnin lalu.
“Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dimuat naik di satu aplikasi laman sosial dan dijual RM18 sekeping,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Shahrulnizam berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.
Baca juga: