Polis Siasat Kematian Kanak-kanak Perempuan di Pusat Jagaan

SEREMBAN: Polis Daerah Seremban sedang menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun yang meninggal dunia selepas dihantar oleh ibunya ke sebuah klinik swasta di Bandar Sendayan pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan pertama mengenai kejadian itu pada jam lebih kurang 6.26 petang.

Menurut siasatan awal, kanak-kanak berkenaan dibawa ibunya ke klinik berkenaan pada jam 5.50 petang setelah didapati tidak sedarkan diri.

“Doktor bertugas telah melakukan bantuan pernafasan (CPR), namun mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.

“Siasatan awal turut mendapati mangsa telah dijaga oleh seorang pengasuh sejak lima bulan lalu. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam keadaan lemah” menurut kenyataan Polis Seremban.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat, dan laporan awal mendapati terdapat kecederaan pada bahagian abdomen.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan masih dalam peringkat siasatan lanjut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat