Polis Wangsa Maju menahan 10 individu disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di kawasan Jalan Syed Putra, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Rabu.
Serbuan yang dilancarkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BJSN) Ibu Pejabat Polis (IPD) Wangsa Maju turut dibantu oleh BSJN IPD Brickfields.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Norhisham MustaparĀ memaklumkan polis merampas 432 gram pil eramin, 5420 gram ganja, 254 gram methamphetamine dan 326 gram heroin dalam serbuan terbabit.
Hasil saringan terhadap individu yang ditahan mendapati enam suspek positif dadah di samping empat lagi negatif.
“Polis turut menyita aset sindiket termasuk wang tunai anggaran RM17,600, sebuah kereta jenis Perodua Axia, motosikal Y15ZR dan jumlah sitaan mencecah RM55,400.
“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas pula bernilai RM81,196, menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM136,596,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Norhisham berkata pihak polis masih menyiasat punca bekalan dadah tersebut diperoleh, dan kesemua suspek diremans elama enam hari sehingga 30 Januari mengikut kes yang disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Baca juga: