Polis tahan 2 lelaki kerana mencuri di kawasan perumahan

Pasukan Rondaan Cegah Jenayah Balai Polis Tawau berjaya menahan dua individu yang membuat cubaan mencuri di kawasan Taman Megah Jaya pada Khamis.

Menurut kenyataan, dua suspek tersebut kelihatan mencurigakan semasa menyorong papan jenis plywood menggunakan kereta sorong.

“Apabila terserempak dengan pihak polis, suspek terus melarikan diri.

“Pihak polis berjaya menahan suspek selepas berlaku sedikit pergelutan di antara polis dan juga suspek,” katanya.

Suspek yang juga warga asing berumur 30-an berserta barang rampasan iaitu beberapa kepingan papan plywood, kereta sorong dan tali dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut berkaitan satu kes kecurian yang dilaporkan di Balai Polis Tawau.

Lapor Polis Daerah Tawau, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat