Polis menahan seorang lelaki warganegara tempatan dan 27 pekerja warga asing dalam Op Pintas Mega Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) di sebuah kilang di Ipoh, Perak pada Khamis.
Ketua Polis Perak, Komisioner Datuk Azizi Mat Aris berkata lelaki warga tempatan yang ditahan berusia 49 tahun bekerja sebagai pengarah di syarikat tersebut ditahan atas beberapa kesalahan.
“Dia ditahan pelbagai kesalahan dibawah Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007 iaitu kesalahan memperdagangkan kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pekerja asing yang tidak memiliki pas kerja yang sah,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, kesemua pekerja asing yang ditangkap telah disiasat dibawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokuman pengenalan diri yang sah serta peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 kerana salah guna pas.
Azizi turut menyatakan pihak polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaku dibawah Seksyen 44 Akta ATIPSOM 2007 yang merupakan warga Myanmar.
Pihak polis turut mengambil tindakan keatas premis perniagaan kitar semula bahan plastik terbuang tersebut kerana tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Baca juga: