PETALING JAYA: Polis Kontinjen Perak memaklumkan penangkapan wanita yang menyerang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Sambutan Hari Kebangsaan di negeri itu merupakan individu yang berbangsa Melayu dan bukannya Cina sepertimana yang ditularkan di media sosial sebelum ini.
Menerusi satu kenyataan media pada Isnin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar S. Muthuvelu berkata, pihak polis menafikan penularan berita tersebut di media sosial.
“Pihak polis menyangkal penularan berita di media sosial yang mendakwa seorang wanita berbangsa Cina telah ditahan.
“Sebaliknya, individu yang ditahan merupakan wanita tempatan berbangsa Melayu berusia 41 tahun.
“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga didapati negatif,” jelas beliau.
Tambah beliau, kes tersebut kini disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang, antaranya, Seksyen 325 Kanun Keseksaan, Seksyen 511 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“PDRM memberi amaran bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan kenyataan palsu, mencetuskan kegentaran awam serta mengganggu keharmonian masyarakat di negara ini,” tegas beliau.
Baca juga: