Politik Islam Mesti Berprinsip – Ketua Wanita PH

KUALA LUMPUR: Politik Islam tidak boleh berubah-ubah mengikut kepentingan kuasa, sebaliknya mesti berpegang teguh kepada prinsip yang konsisten, kata Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Datuk Aiman Athirah Sabu.

Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang bersikap berbeza dalam isu pengambilalihan jawatan Menteri Besar sebagai bukti ketidakistiqomahan dalam berpolitik.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?” (Surah As-Saff : 2)

“Tanda orang munafik itu ada tiga: apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila diberi amanah dia khianat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim),” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Aiman Athirah berkata, jika pengambilalihan dianggap pengkhianatan di satu negeri, maka prinsip yang sama mesti terpakai di negeri lain.

“Kerana Islam mengajar istiqomah pada prinsip, bukan istiqomah pada kepentingan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Wanita Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, politik Islam bukan politik yang berubah hukum mengikut siapa yang mendapat kuasa, sebaliknya mesti berpaksikan kejujuran, amanah dan kesetiaan kepada prinsip.

Anda Mungkin Berminat