Pope Francis Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

ROM: Pemimpin tertinggi Gereja Katolik, Pope Francis dilaporkan meninggal dunia pada usia 88 tahun pada pagi tadi.

Memetik The Washington Post, Berita pemergian beliau diumumkan secara rasmi oleh Kardinal Kevin Farrell, Camerlengo bagi Dewan Kerasulan, pada jam 9.45 pagi dari kediaman beliau di Casa Santa Marta.

“Dengan dukacita yang mendalam, saya mengumumkan bahawa Pope Francis telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.35 pagi ini,” kata Kardinal Farrell.

Pope atau nama sebenarnya Jorge Mario Bergoglio, telah dimasukkan ke Hospital Poliklinik Agostino Gemelli pada 14 Februari lalu, selepas mengalami serangan bronkitis selama beberapa hari.

Keadaan klinikal Francis beransur-ansur bertambah buruk, dan doktornya mendiagnosis radang paru-paru dua hala 18 Februari lalu.

Selepas 38 hari di hospital, mendiang Pope kembali ke kediamannya di Vatican di Casa Santa Marta untuk meneruskan pemulihannya.

Namun, keadaan kesihatannya terus merosot.

Anda Mungkin Berminat