Populariti PM Anwar di Sabah lepasi tahap nasional

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Tahap populariti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di tanah borneo iaitu Sabah disifatkan semakin mengatasi tahap nasional di negara ini.

Ini kerana menurut, Pensyarah Kanan di Pusat Pendidikan Asas dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Yusri Ibrahim, kebanyakan rakyat Sabah yang ditemui kian memaparkan penerimaan terhadap Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani.

Malah katanya, beberapa kawasan tumpuan di Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke -17.

“Secara umumnya, populariti PMX di Sabah agak tinggi, jauh mengatasi tahap nasional.

“Rata-rata orang Sabah yang ditemui mempamerkan penerimaan baik terhadap PMX, juga terhadap Kerajaan MADANI,” katanya.

Yusri turut mempersoalkan kebolehan penerimaan baik rakyat Sabah itu terhadap Perdana Menteri ditransformasikan dalam bentuk undi khususnya buat parti Anwar dan parti-parti yang berada di bawah komponen beliau.

“Bolehkah populariti PMX ini memudahkan rundingan pembentukan kerajaan Sabah pasca 29 November nanti?

“Tunggu laporan kami nanti, ini baru trailer.

“Alaa, macam filem-filem pecah panggung tu,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat