PUTRAJAYA: Presiden Republik Kyrgyz, Sadr Zhaparov diraikan dengan sambutan rasmi penuh istiadat di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra hari ini sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia.
Ketibaan beliau pada jam 9 pagi disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum majlis dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara sebagai simbol penghormatan diplomatik.
Presiden Zhaparov kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang diketuai Mejar Nur Ahmad Zaim Zahari.
Turut hadir memeriahkan istiadat sambutan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa menteri kabinet Kerajaan Perpaduan.
Presiden Kyrgyz dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri selepas istiadat itu, sebelum disusuli mesyuarat delegasi antara kedua-dua negara.
Perbincangan dijangka memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan hubungan Malaysia-Kyrgyzstan dalam pelbagai sektor strategik.
Baca juga: