KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap nasib seorang mangsa kebakaran di Bandar Indera Mahkota Jaya apabila menyampaikan sumbangan tunai berjumlah RM10,000.
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Nor Riza Embong, yang kediamannya musnah hampir keseluruhan dalam kejadian kebakaran baru-baru ini.
Meskipun rumah terbabit rosak teruk, Anwar bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
“Dugaan ini pastinya begitu berat untuk ditanggung, lebih-lebih lagi apabila melibatkan tempat berteduh sekeluarga.
“Mudah-mudahan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menampung kos dan meringankan beban,” katanya dalam hantaran di Facebook,pada Khamis.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan bomba, ICU JPM serta komuniti setempat yang pantas menghulurkan bantuan sejurus kejadian.
Baca juga:








