PRK Ayer Kuning tawar tiga penjuru 

TAPAH: Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon dari BN, PN dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di Dewan Merdeka Tapah selepas proses penamaan calon tamat 10 pagi tadi.

BN mempertaruhkan Setiausaha Umno Bahagian Tapah, Mohamad Yusri Bakir manakala PN menamakan Yang Dipertua PAS kawasan itu, Abdul Muhaimin Malek.

Kedua-dua mereka juga akan dicabar Bawani KS dari PSM.

Terdahulu ketiga-tiga mereka menghantar borang pencalonan sambil diiringi ratusan penyokong masing-masing.

Berita lanjut menyusul

Anda Mungkin Berminat