PRN Sabah: Calon PH Dun Bandau pemimpin mudah didekati

Oleh: Tyah Helmi

KOTA MARUDU: Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, iaitu Zaidi Jatil, disifatkan sebagai pemimpin yang benar-benar dekat dengan rakyat dan sentiasa memberi khidmat tidak kira waktu.

Perkara itu dilontarkan oleh Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani, Dr Taufik Johari yang menyifatkan Zaidi mempunyai reputasi yang baik oleh rakyat.

Menurut beliau, Zaidi mudah didekati, sentiasa membantu dan mempunyai rekod baik dalam menjaga kebajikan komuniti setempat.

“Keramahan beliau serta keprihatinan terhadap denyut nadi rakyat menjadikan beliau disenangi oleh semua golongan, tanpa mengira usia dan latar belakang,” katanya di laman Facebook rasminya pada Ahad.

Taufik turut memaklumkan bahawa sambutan penduduk sepanjang program berkenaan memberi isyarat jelas mengenai kehendak rakyat Bandau yang mahukan perubahan serta kepimpinan yang bersih dan berintegriti.

Katanya, penduduk DUN Bandau kini mencari wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk mereka dan bukan sekadar menabur janji.

Beliau yakin, dengan sokongan penduduk Bandau, PKR mampu meraih kemenangan demi masa depan yang lebih baik untuk kawasan itu serta generasi akan datang.

Beliau turut menggesa pengundi untuk memilih PKR dan memberikan mandat kepada calon mereka yang bernombor 12, Zaidi Jatil.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat