Oleh: Tyah Helmi
TAWAU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai akan evolusi lebih maju dan terurus sekiranya mandat rakyat itu diberikan kepada Calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Sabah (PRN) DUN Sabah ke-17, Datuk Seri Ruji Ubi.
Menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, Ruji Ubi berkata beliau mampu merevolusikan DUN Merotai untuk lebih maju dan terurus.
“Semakin saya mendekati warga Merotai, semakin kuat keyakinan saya bahawa kawasan ini mampu melangkah jauh jika dipandu dengan pengalaman dan hala tuju yang jelas,” katanya.
Menurutnya, pengalaman panjang dalam perkhidmatan awam mengajarnya bahawa pembangunan bukan hanya bergantung kepada pelaksanaan projek, tetapi merangkumi usaha membina kepercayaan rakyat terhadap masa depan mereka.
“Perjalanan kerjaya saya selama ini banyak mengajar bahawa pembangunan bukan sekadar projek, tetapi satu proses membina keyakinan rakyat terhadap masa depan mereka sendiri.
Tegas beliau, beliau hadir di Dun Merotai tidak membawa sekadar janji kosong, tetapi ketebalan pengalaman yang mampu membentuk pemahaman mendalam tentang keperluan sebenar yang diperlukan oleh rakyat dan tempat itu.
“Terima kasih kepada semua yang menerima saya dengan begitu terbuka dan berkongsi pandangan tanpa berselindung. Ia menguatkan lagi kesediaan saya untuk bekerja demi Merotai,” ujarnya.
Justeru, beliau kini yakin dengan sokongan dan mandat rakyat yang diberikan kepadanya, Dun Merotai mampu muncul sebagai sebuah kawasan yang lebih maju, lebih terurus serta bersedia menghadapi masa depan.
Baca juga:








