Program pinjaman perumahan tanpa faedah, Rumah Perakku Prihatin berjaya memberi manfaat kepada 147 keluarga di Perak.
Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, berkata, usaha tersebut merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri menerusi Yayasan Perak dengan kerjasama Suruhanjaya Perumahan Nasional Berhad (SPNB).
Katanya, perkara itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa sekali gus dapa membantu rakyat Perak mendapatkan kediaman pertama mereka.
“Alhamdulillah, setakat ini seramai 147 keluarga di seluruh Perak telah mendapat rumah pertama melalui bantuan pinjaman perumahan tanpa faedah ini.
“Menjadi harapan kita supaya setiap rakyat memiliki kediaman yang selesa dan kondusif sekaligus kita dapat tingkatkan taraf hidup rakyat terutama di kawasan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau turut menyempurnakan acara penyerahan kunci kepada penerima Rumah Perakku Prihatin.
Terdahulu, kerajaan negeri Perak memperuntukkan RM6 juta bagi pelaksanaan program itu pada pembentangan Belanjawan 2024 lalu.
Baca juga: