Projek Terminal 3 Pelabuhan Klang Dipercepat – Anwar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat berhubung pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, sebuah projek strategik yang disifatkan penting untuk memperkukuh kapasiti ekonomi negara dalam sektor pelabuhan dan logistik.

Menurut Anwar, projek itu telah dirancang sejak sekian lama dan tidak wajar terus ditangguhkan memandangkan peranannya dalam meningkatkan daya saing Malaysia.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah mencapai kesepakatan untuk menggerakkan pembangunannya secepat mungkin agar manfaatnya dapat dinikmati rakyat serta membuka peluang ekonomi baharu.

“Semua agensi terlibat telah diarahkan untuk melaksanakan tindakan pantas bagi memastikan projek tersebut menjadi model baharu pembangunan nasional yang lebih cekap, tersusun dan berintegriti,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang dijangka menjadi antara pemacu utama pertumbuhan sektor logistik dan perdagangan negara, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab maritim serantau.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat