Propaganda ‘perang psikologi’ telah bermula

Oleh: Liyana Marzuki

ULASAN | Pengundi yang baik bukan penyokong taksub, tapi pengadil yang adil. Demokrasi ini bukan seperti perlawanan bola. Kita pilih team dan kita taksub padanya. 

Politik ini untuk memilih pemenang yang terbaik untuk memerintah negara. Makanya, sebagai pengadil kita perlu tengok game mereka. Pandai decipher propaganda. Tambah politikus dan puak mereka yang suka amalkan pecah dan perintah. 

Ini saya senaraikan beberapa propaganda yang saya nampak, untuk kita berpada-pada tambah bila guna kaum dan agama. 

ISU PALESTIN:

Kepada Type M: PMX ini pendukung Yahudi dan agen Israil. Dia tak kisah pasal Palestin pun. Mana ada dia bantu dan bersuara. 

Kepada Type Non-M: PMX ni asyik tolong Palestin, baik jadi PM Palestin ya! 

ISU TRUMP 

Kepada Type M: PMX ni agen Amerika. Dia suka sakat Trump juga. Bersekongkol dengan Israel. Mereka pakat senyap-senyap nak kenakan Palestin. Jangan percayalah takde ‘call’ dari Trump. Tu mesti depa sembang belakang-belakang. 

Kepada Type Non-M: See, Amerika sudah benci Malaysia. Trump pun tak nak call PMX. Sebab dia penyokong kuat Palestin. Padan muka. 

ISU THAIPUSAM 

Kepada Type M: Tengok PMX, awal-awal dah siap pergi tengok Thaipusam bangsa lain. Pakai baju depa, tak takut terkeluar agama ke? 

Kepada Type Non-M: PMX kenapa tak datang hari Thaipusam betul-betul. Kenapa datang awal? Kenapa nak pakai songkok ya, kan ini perayaan kita. Tak tahu hormat ka? 

Nampak tak naratif macam jongkang jongkit di situ? ‘Doomed if you do, doomed if you don’t’. 

Suku sakat penjajah ramai lagi yang tinggal di kalangan politikus dan penyokong mereka.  Sanggup porak peranda kaum dan agama dalam Malaysia hanya kerana mereka nak berkuasa. 

Propaganda memandirkan rakyat ni tetap akan berjalan. Namun, bukan semua pengundi taksub dan partisan. Mana yang perasan perangai depa tu, bolehlah berpesan-pesan. 

Ketika negara makin meningkat ekonomi. GDP kita baik sekali. Ringgit terbaik di Asia tahun 2024. FDI dan Pelaburan naik sama. Depa tak puas hati. 

Ada gerakan tebuk atap sedang berjalan lagi. Bukan nak tukar Perdana Menteri, tapi nak mendesak Agong bubar Parlimen tahun ini. 

Gerakan dan ‘psy war’ telah disusun

‘Black ops’ untuk benci raja di kalangan anak muda, telah lama bermula. Anda takyah jadi ‘spy’ untuk lihat di media sosial. Obvious sangat cytro akaun palsu, membuat hasutan dan hantaran membenci dan menghina Raja. 

Ops terkini pula disasar kepada Bukan Melayu, digerakkan ke atas orang Cina dan India supaya benci Kerajaan. 

Dihasut mereka dengan isu Palestin dan agama Islam. Posting hasutan di Johor bukan tak sengaja ya. Itu sebahagian dari ops mereka. Tujuannya, nakkan base Bukan Melayu TIDAK keluar mengundi. Bagi orang menyampah dengan Kerajaan ini. 

Sama saja ops MO mereka dulu, leading to Sheraton Move. Isu agama dan kaum dimainkan besar-besaran. Bagi Pengundi atas pagar yang konservatif tak kisah tukar Kerajaan. 

Kali ini juga digerakkan oleh ‘War Room’ dan MO yang sama. Target mereka kini non-Malays dan orang Muda. 

‘So, let me assure you’… 

Kalau anda ada niat nak jadi PEROSAK NEGARA, tengah ekonomi makin pulih, anda nak kacau ganggu.  Kami akan pastikan anda dapat BAHANA nya. 

‘Get ready to roll-up your sleeves, people. We are GAP and Centrist’.  Setia kita kepada Raja dan Negara.  Bukan kepada parti atau politikus durjana. 

***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa menulis mengenai isu semasa di media sosialnya

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat